My First Contact

Setelah segala keperluan dan persiapan untuk beroperasi di HF selesai, memang tak tahan nak QSO hehehe, jadi belajar QSO di HF dengan 9W2ESM sekarang 9M2ESM. Buat pemerhatian (monitor) dijalur, dengar macamana stesyen CQ dan juga QSO. Hasilnya, banyak kaedah QSO yang diamalkan rupa-rupanya, sebagai contoh;

"CQ DX CQ DX this is 'callsign' CQ DX"
"CQ 10'ten' CQ 10'ten' 'callsign' CQ"
"QRZ QRZ 'callsign' QRZ"
"Calling any station, this is 'callsign' calling CQ and standing by"

Jadi, bagaimana pilihan hati, maka pilihlah mana-mana yang mungkin juga tidak tersenarai di atas. Apa yang penting stesyen diluar dan juga kita faham apa maksudnya dan sama-sama memahaminya. Banyak lagi tekniknya, silalah perdengarkan sendiri dijalur.

Berikut adalah beberapa stesyen yang telah berjaya bekerja denganya pada Januari 2011;

9W2ESM | 9W2CEH | V85TX

73


HF Setup

Akhirnya jadi kenyataan, alhamdulillah syukur. Hasil dapatan dari bacaan, pertanyaan dan perbincangan inilah hasilnya. Basic setup for HF.

Power Supply Unit : VDO PS 830


Transceiver : Icom IC-718


Antenna : Delta Loop Single Element


Terima Kasih Daun Keladi
9M2ESM | 9M2DA | 9W2DAL | 9W2USM | 9W2KDU

Setapak, selangkah dan seterusnya.

Ogos 2009
Teringat waktu zaman persekolahan, Sek. Men. Teknik Kluang, perkataan Radio Amateur yang terpacul dari mulut Cikgu Salim Bin Bahri adalah salah satu cabang elektrik elektronik iaitu komunikasi. Tapi waktu tu hanya sekadar masuk ke ingatan, selebihnya sebagai kenangan.

September 2009
Mula mencari-cari dilaman web, apa yang berkaitan Radio Amateur, terlalu banyak untuk dilihat dan dibaca, halwa mata dan halwa minda yang istimewa. Mungkin suatu hobi, mungkin suatu maklumat am, mungkin suatu kepuasan, mungkin suatu kerjaya, mungkin sekadar komunikasi dan banyak kemungkinan. Tepuk dada tanya selera.

Oktober 2009
Mengorak langkah, menghubungi MERACC (Kelab Komunikasi Radio Amatur Melaka) sebagai sumber terdekat. Maka bertemu 9W2KKD dirumahnya, kemudian ke pertemuan atau "eyeball" (jargon pertama) sarapan bersama 9W2USM, 9W2PFS, 9W2TVM dan 9W2LZA di Warung Pokok Besar di Kg Tun Razak, Melaka. Terus mendaftar untuk RAE 2/2009.

November 2009
Menghadiri 2 hari kelas Persediaan RAE di Pusat Kokurikulum Kem Lanchang, Jasin. Terima kasih daun keladi pengajar yang dedikasi 9W2SMF dan 9W2RZT, isteri dan anak yang juga Pengendali Amatur. Terima kasih kepada rakan-rakan ham yang hadir 9W2KKD, 9W2USM, 9W2MTT, 9W2PFS, 9W2MTX dan yang lain-lain.

Disember 2009
Selain persiapan dikelas, mencari masa terluang membaca dan terus membaca serta mengorek ilmu-ilmu yang tersembunyi, "work smart + work hard". Terima kasih kepada isteri yang tercinta Norazrulniza Binti Hashim, atas segala sokongan dan dorongan yang berterusan. Menghadiri Radio Amateur Examination (RAE) 2/2009, terjumpa rakan Muar sama-sama ambil exam, 9W2PEF. Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan,9W2HMU, Ketua Program, 9W2IAB dan 9W2KPJ atas segala dorongan dan sokongan.

Januari 2010
Berkenalan dengan 9W2ESM Cikgu Syamsul, rakan dari PMM (Politeknik Merlimau Melaka) yang banyak berkongsi selok-belok dunia ham. Nasihat dan bimbingan yang amat bermakna dan sebagai bekalan masa hadapan, terima kasih daun keladi. Berkesempatan bertemu mata 9M2NZI Pak Nazri yang berbesar hati singgah ditempat kerja, walau sekejap tapi inputnya cukup padat. Terima kasih.

Februari 2010
Keputusan keluar, akhirnya lulus. Syukur kepada Allah, atas segala nikmat ilmu yang telah Kau kurniakan kepada ku, mungkin ini adalah petunjuk untuk terus melangkah lebih jauh. Kemudian 9W2ESM bawa bertandang ke rumah bertanya khabar "elmer", 9M2FX - nasihatnya "you're a ham, be a ham" dan 9M2DA - nasihatnya "jadilah ham yang sebenarnya". Nasihat yang ringkas dan padat, maknanya amat tersirat dan mendalam.

Terima kasih daun keladi kepada semua rakan-rakan sama ada yang tertera dalam nukilan ini dan semua yang mungkin ada yang terlepas pandang tidak tertera, yang teramat membantu dalam setapak yang pertama ini dan pasti terus melangkah lebih jauh. 73 88