Karnival Udara 2011




Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai 2011

*sempat jumpa 9W2HOZ cuma tak sempat bergambar.



Koordinat dah ada, apa lagi rajin-rajin le landing kat sini hehehe


Pandangan dari atas jambatan Sg Kesang, nun sebelah sana Melaka.


Glider


Toys?



MAS dan Firefly juga terlibat, tak nampak pulak Air Asia hehehe



Orang lain sibuk ambik gambar dengan latar belakang kokpit . . . aku?



Diri ku dan anak bujang, sejak kenal radio, baru tahu kenapa kat kapal terbang wajib ada gabungan huruf dan nombor ni, callsign.


Orang yang tolong ambikan gambar ni pun pelik, kenapa ambik gambar kat callsign.
Dalam diam oriented anak pada callsign. :)

73

My First Award


Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu tiba, sampai juga ke post box rumah. Ini merupakan award pertama dalam sejarah mengorak langkah dalam dunia radio amatur ni. Tapi agak lewat nak dimasukkan dalam blog ni, maklum kebelakang ni sibuk dengan urusan pelajaran, hujung minggu kuliah tambah lagi assignment, buku nak kena baca dan ulangkaji sudah tentu. Apa pun semuanya boleh dilakukan dengan usaha dan tabah melaluinya. Terima kasih kepada 9M2ESM dan 9M2DA yang tak pernah jemu mengajar dan mendidik saya, ilmu demi ilmu diperincikan, jiwa anda berdua memang dah tersemat indah radio amatur. :) TQVM. Juga terima kasih kepada rakan-rakan 9M dan 9W yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dan terima kasih kepada stesyen-stesyen yang berjaya dihubungi.

Maklumat award boleh dicapai disini http://www.iaru-r3.org/r3award.htm. 73.