My First Award


Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu tiba, sampai juga ke post box rumah. Ini merupakan award pertama dalam sejarah mengorak langkah dalam dunia radio amatur ni. Tapi agak lewat nak dimasukkan dalam blog ni, maklum kebelakang ni sibuk dengan urusan pelajaran, hujung minggu kuliah tambah lagi assignment, buku nak kena baca dan ulangkaji sudah tentu. Apa pun semuanya boleh dilakukan dengan usaha dan tabah melaluinya. Terima kasih kepada 9M2ESM dan 9M2DA yang tak pernah jemu mengajar dan mendidik saya, ilmu demi ilmu diperincikan, jiwa anda berdua memang dah tersemat indah radio amatur. :) TQVM. Juga terima kasih kepada rakan-rakan 9M dan 9W yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dan terima kasih kepada stesyen-stesyen yang berjaya dihubungi.

Maklumat award boleh dicapai disini http://www.iaru-r3.org/r3award.htm. 73.